Kamis, 05 November 2009

penciptaan manusia

KEAJAIBAN PENCIPTAAN MANUSIA

Dalam surah Yaasin, juz keduapuluh tiga ayat 77, Allah Ta'ala berfirman: Yang bermaksud: Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
Dalam surah As-Sajdah, juz keduapuluh satu ayat 7, 8 & 9, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.
Sistem Otak Atau Minda Manusia , Otak yang diciptakan Allah ini mempunyai sistem yang kompleks dan ajaib. Kita tidak dapat membincangkan secara mendalam disini kerana melibatkan satu bidang sains yang mendalam. Disebabkan sistem otak ini dicipta dengan sempurna, maka kita dapat membuat kerja yang perbagai dalam satu masa secara serentak. Sel-sel saraf yang terdapat dalam otak boleh menerima berbillion-billion isyarat atau maklumat dan ia dapat menyimpan dan menganalisa kemudian membuat keputusan di atas apa yang ia terima. Operasi otak ini berfungsi 24jam sehari tanpa berhenti. Jika kita dalam keadaan sedar ia berfungsi secara sedar, tetapi bila tidur ia berfungsi secara tanpa sedar.

Otak manusia akan mengawal sistem dalam tubuh badan kita, seperti jantung, paru-paru, darah, air, buah pinggang, deria rasa, sistem penghadaman perut dan usus dan sebagainya. Unsur-unsur yang penting yang terdapat dalam sistem otak ialah sistem saraf yang berjumlah 10 trilion (anggaran saintis sahaja) mungkin lebih dari itu, hanya Allah yang mengetahui. Saraf ini akan berfungsi untuk mengirim maklumat dengan cara menciptakan arus lektrik yang lemah. Sebab itu sel-sel yang dapat pada tubuh dapat berhubungan antara satu sama lain. Saintis menganggarkan hubungan antara sel-sel melebihi 120 trilion jaringan.
Disebalik dari keadaan sedar kepada keadaan bawah sedar, terdapat lebih bertrilion-trilion aktiviti sel yang berlaku dalam minda kita. Kita akan bincang aktiviti pernafasan ini nanti. Sistem otak berkerja adalah amat kompleks sekali. Otak dapat menjalankan berjuta-juta fungsinya tanpa kesalahan atau ‘system breakdown’.
Inilah keajaiban penciptaan manusia. Kemudian kita lihat pula, kelenjar bawah otak (pituitary gland) yang berukuran sebesar kacang berfungsi mengendalikan dan menyesuaikan pengeluaran berbagai hormon dalam tubuh kita. Kelenjar inilah yang mengawal hormon yang lain dari segi pengeluaran untuk digunakan sistem yang lain. Sistem ini akan terus bekerja sehingga akhir hayat hidup kita. Jika anda dalam keadaan sedih, anda perlu berehat sahaja untuk menenangkan sistem hormon. Jika tekanan darah naik, kelenjar lendir akan berfungsi dan mengeluarkan molekul-molekul dan menyebabkan otot pembuluh mengecut dan ketenangan kembali semula.




Sistem paru-paru berkaitan pernafasan - Sistem paru-paru berfungsi secara automatik dan ia akan bertambah kuat bekerja apabila ada aktiviti gerak, seperti berlari, berjalan, naik tangga dan sebagainya. Ia kembali normal apabila anda dalam kedaan rehat atau tidur. Sepanjang hidup anda, paru-paru akan terus bekerja. Ia akan mengepam masuk dan keluar udara. Sistem paru-paru juga berhubung kait dengan sistem yang lain dalam badan. Bila anda tarik nafas paru-paru akan mengembang dan apabila nafas di lepaskan paru-paru akan mengecil. Semuanya berlaku secara automatik. Tetapi kualiti dan kuantiti kita bernafas itu yang menentukan kadar aktiviti sel dan zarah dalam badan kita. Sistem otak dan pernafasan mempunyai peranan yang kuat dalam menentukan kejayaan aktiviti manusia itu.
Sistem yang diciptakan ini memang ajaib kerana alat penerima (signal) di kawasan batang otak akan terus menerus bekerja mengendali kadar karbon dioksid (CO2) dalam darah. Jika kadar CO2 berada dalam kepekatan yang tinggi signal yang terletak dalam batang otak akan memberi signal kepada pusat penafasan untuk menambah kelajuan dan kedalaman bernafas. Selain batang otak sistem dalam paru-paru itu sendiri yang akan mengubah proses pernafasan. Sistem itu akan berfungsi dengan sendiri tanpa henti 24 jam kecuali mati. Sistem bukan datang dengan sendirinya, ia ada penciptanya. Anda akan belajar nanti, apakah akan berlaku kalau kita tingkatkan kadar penyedutan oksigen O2 dan membuang CO2. Orang normal biasanya menyedut 10% sahaja kadar oksigen (O2), baki 90% lagi tidak di gunakan sepenuhnya. Seorang itu akan menjadi hebat jika ia mampu mengawal sistem pernafasannya sendiri. Seorang pakar bernama Sidney Newton Bremer, telah berkata , “ kita boleh hidup berhari-hari tanpa air dan makanan, tetapi kita hanya dapat bertahan berberapa minit saja tanpa ada udara”. Setiap tarikan nafas yang anda lakukan merupakan suatu keajaiban. Darah yang tercemar akan di tukar kepada darah baru dalam paru-paru, apabila kita menarik nafas. Darah merah yang baru akan mengalir ke seluruh tubuh kita. Kita akan berasa lebih sihat. O2 adalah unsur hidup. Nafas anda adalah juga hidup anda. Untuk tampak lebih sihat kita perlu berlajar cara bernafas yang teratur dan betul. Kekuasaan yang Allah beri pada anda adalah sistem pernafasan anda. Ia adalah untuk kebaikan anda. Lakukan pernafasan sebagai kesempatan bagi mengisi tubuh anda dengan kekuatan yang Allah beri. Teknik bernafas yang betul akan di bincangkan nanti. Ulama atau orang sufi telah mengamalkan teknik pernafasan sebagai cara untuk menjaga kesihatan mereka. , Ilham itu datang dari firman Allah dalam surah Al Hijr, 28-29, yang bermaksud “Dan ingalah ketika tuhan berfirman kepada malaikat, sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat (yang asal dari lumpur) hitam yang di beri bentuk, Maka apabila telah menyempurnakan kejadiannya dan telah menitipkan kedalam roh ciptaan Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud”. Roh dan nafas mempunyai kaitan, tiada nafas maka tiada lagi roh di jasad sesaorang, Roh kembali kepada penciptaNya dan jasad akan di semadikan di dalam liang lahad. Jelas disini nafas mempunyai pengaruh besar kepada kehidupan ini dan ia ada hubung kait dengan alam ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar